Soalan-Soalan Lazim Jobdirumah (FAQ)

Soalan-Soalan Lazim  (FAQ)



Soalan-soalan yang sering diajukan oleh mereka yang berminat dengan jobdirumah. Untuk mengelakkan kekeliruan atau mereka yang mengatakan jobdirumah menipu berikut adalah soalan dan jawapan untuk pertanyaan yang bermain diminda anda.

Berapa pendapatan boleh di perolehi?

Upah adalah berbeza bagi setiap projek, pendapatan anda bergantung kepada nilai tugasan yang di tawarkan. Upah bagi projek mudah dan masa singkat adalah antara $10 – $50, manakala projek yang lebih lama mencapai ribuan dolar.

Saya kena jual produk apa?

Tak perlu jual apa – apa kerana anda bukan berniaga tetapi bekerja untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Saya tidak mempunyai komputer, boleh saya join?

Ya boleh, anda boleh menyiapkan tugasan yang anda dapat di cybercafe atau di mana sahaja yang membolehkan anda akses kepada komputer & internet. Tapi kami galakan anda guna komputer sendiri jika ada.

Berapa banyak projek boleh saya memohon?

Anda boleh memohon seberapa banyak projek yang anda mahu. Tapi sila pastikan anda boleh selesaikan tugasan yang di beri. Kami sarankan anda mohon tidak lebih dari 10 projek seminggu, bagi memastikan anda dapat selesaikan dengan baik.

Adakah saya perlu mencari orang?

Tidak, Jobdirumah bukan program cari orang. Anda di ajar cara untuk mendapatkan kerja sebenar yang boleh di lakukan di rumah bukan mencari downline untuk mengembangkan rangkaian perniagaan.

Saya langsung tak pandai B.Inggeris, boleh ke join?

Maaf, pengunaan B.Inggeris adalah perlu untuk berkomunikasi dengan majikan & menyelesaikan tugasan. Tidak perlu fasih, tapi perlu sekurang – kurang anda boleh faham arahan yang majikan beri. Guna “Google Translate” untuk rujukan jika ada perkataan yang tidak di fahami.

Saya dari Singapura, boleh join?

Ya boleh. Kami ada ramai pelangan dari Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Philippine dan beberapa negara lain.

Boleh saya datang ke pejabat?

Maaf, kami tidak mempunyai pejabat. Kami bukan sahaja menjual panduan bekerja di rumah, malah kami juga 100% bekerja dan beroperasi dari rumah. Laman web ini kedai kami dan ruang siber pejabat kami.

Kami harap jawapan-jawapan tersebut dapat memberikan pencerahan terhadap soalan-soalan lazim jobdirumah.

No comments:

Post a Comment

Copyright © Jobdirumah. All rights reserved. Template by CB